NAMA : MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI
NO.MATRIK : D20172080289
KUMPULAN : Q
PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tuesday, December 25, 2018
BAB 1 - Sosiologi dan Pembelajaran
Bab Sosiologi dan Pembelajaran ini membincangkan mengenai sosiologi dan pembelajaran yang mana merangkumi pengertian sosiologi, tokoh-tokoh sosiologi, perspektif sosiologi, definisi sosiologi,teori utama sosiologi, teori fungsionalisme, konflik, interaksionisme, pengertian pendidikan, sosiologi dan matlamat pendidikan serta struktur masyarakat di Malaysia. Saya dapat merumuskan bahawa sosiologi merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Tokoh sosiologi seperti Ibnu Khaldun (1332-1406) menyatakan sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia serta penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial. Tambahan pula, George Herbert Mead (1863-1931) menyatakan bahawa manusia berinteraksi dengan satu sama lain secara langsung melalui simbol-simbo yang terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa. Menurutnya juga, interaksi antara individu adalah sangat penting. Terdapat juga konflik antara Max dan Weber yang mempunyai pandangan yang berbeza iaitu Marx menyatakan sosiolisme manakala Weber menyatakan Komunisme. Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya. Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga dan kelas sosial serta perkembangan individu tidak diutamakan. Sekian sahaja apa yang dapat saya rumuskan mengenai bab ini.
BAB 2 - Interaksi dan Pembelajaran
Bab ini bertajuk Interaksi dan Pembelajaran yang membincangkan mengenai teori-teori perkembangan manusia yang mana daripada segi psikologi terdapat beberapa tokoh yang menyatakan pendapat masing-masing manakala daripada segi sosiologi juga terdapat tokoh yang bernama Charles Cooley (1864-1929) dan George Herbert Mead (1863-1931) yang dibincangkan dalam bab Sosiologi dan Pembelajaran menyatakan pendepat mereka. Hal ini dapat ditafsirkan bahawa tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Bab ini juga membincangkan jenis-jenis sosialisasi iaitu sosialisasi primer, sosialisasi sekunder dan resosialisasi. Tambahan pula, sosialisasi dan pendidikan boleh dihubung kaitkan seperti guru dan rakan sebagai agen sosialisasi kerana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu dengan guru dan rakan yang lain.
BAB 3 - Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar
Bab Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar merangkumi definisi dan konsep, kepentingan, perspektif multidisiplin, serta kajian. Definisi pengurusan yang dinyatakan oleh Stoner (1984) iaitu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Robbins (1984) pula menyatakan bahawa satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Bab ini membincangkan beberapa kepentingan pengurusan dan juga menklasifikan kepada dua perspektif pengurusan iaitu Bilik Darjah dan Sekolah. Dalam perspektif pengurusan bilik darjah, terdapat beberapa isi-isi penting iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin, dan fizikal. Terdapat beberapa strategi pengurusan pembelajaran iaitu berpusatkan guru, berpusatkan behan, dan berpusatkan pelajar. Tambahan pula, prinsip pengajaran merangkumi set induksi, penyampaian dan penutup. Konklusinya, bab ini banyak mengulas mengenai kajian pengurusan dan pembelajaran pelajaryang amat penting bagi seseorang guru untuk mengajar dengan jayanya.
BAB 4 - Kepimpinan dan Organisasi
Bab yang akan saya rumuskan ialah Kepimpinan dan Organisasi. Bab ini membincangkan mengenai gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Pengurusan top-down yang mana paling tertinggi sekali ialah Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya diikuti Jabatan Pelajaran Negeri , Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Anjakan ke-empat PPPM 2013-2025 juga turut dinyatakan dalam bab ini yang mana Mentransformasi Profesion Keguruan menjadi Profesion Pilihan yang boleh dilakukan dengan meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus. Pra-perkhidmatan ialah proses memilih calon guru yang layak memasuki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
BAB 5 - Pengurusan Murid
Pengurusan Murid terbahagi kepada dua iaitu Hal Ehwal Murid dan Pembelajaran. Daripada Hal Ehwal Murid terdapat Rekod Murid yang mana wujudnya kad 001 yang mana telah berevolusi datipada tahun 1978 sampai sekarang disebabkan perkembangan arus teknologi. Disebabkan ledakan arus teknologi juga yang termansuhnya kad 001 yang digantikan dengan penyimpanan maklumat murid secara dalam talian Bab ini juga membincangkan mengenai peranan guru kelas dan saya dapat ringkaskan bahawa guru kelas perlu mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga, memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini, menyemak dan membetulkan ralat serta melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT). Rekod murid sangat penting bagi memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid dan membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan. Ini sahaja yang dapat saya rumuskan daripada bab ini. Makluma lanju boleh klik di bawah untuk muat turun bab ini.
BAB 6 - Pengurusan Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Pengurusan Bilik Darjah bermaksud cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Selain itu, tugasan mengajar mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu da pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah dengan mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian dan perancangan. Tujuan pengurusan bilik darjah pula adalah dengan membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu. Sebagai contohnya memberi ganjaran atau memupuk hubungan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah amat penting sekali dalam menjamin kesejahteraan pelajar.
https://drive.google.com/open?id=13wp9mcjqBx8sFphxpwSW5ppQi-F9MgiX
https://drive.google.com/open?id=13wp9mcjqBx8sFphxpwSW5ppQi-F9MgiX
BAB 7 - Pengurusan Sumber
Bab ini bertajuk Pengurusan Sumber yang mana membincangkan mengenai fungsi-fungsi pusat sumber dari seegi perkhidamatan yang memberi informasi, inspirasi dan rekreasi. Pusat sumber juga bukan sekadar tempat bahkan ia berfungsi untuk pelbagai perkhidmatan, menyimpan koleksi bahan ilmiah atau bahan elektronik dan agen perubahan kerana merupakan tempat ilmiah bagi para pelajar. Bab ini juga merumuskan mengenai objektif-objektif serta fungsi puat sumber. Selain itu, bab ini juga menyediakan langkah-langkah pembentukan Pusat Sumber Sekolah dan klasifikasi baha dan perkakasan yang sesuai berada di dalam Pusat Sumber Sekolah. Seterusnya, penggunaan perpustakaan perlulah digunakan secara optimum. Hal ini kerana Pss bukan hanya sekadar menunggu pelanggan(pelajar-pelajar) bahkan PSS perlu menjadi nadi pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa komponen pembelajaran berasaskan sumber iaitu penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar. Dasar pembelajaran berasakan sumber merangkumi pengajaran melalui kerja projek, pengajaran unit yang berintegrasi, pendekatan inter disiplin dan pembelajaran individu secara aktif. Ini sahaja yang dapat saya rumuskan daripada bab ini.
BAB 8 - Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran
Bab Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran merungkai dari segi unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif. Perbezaan konsep bilik darjah sangat-sangat ketara sekali. Pada zaman dahulu, lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Tambahan pula, surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Pada zaman sekarang, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah dan digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Terdapat beberapa jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas(KBSM) dan bilik darjah terbuka. Bab ini menyatakan bahawa pentingnya penyusunan bilik darjah dalam pembelajaran pelajar. Jika penyusunan bilik darjah ini baik maka dapat menggalakkan perkembangan pelajar dan jika sebaliknya maka kesannya akan membawa keburukan. Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44) juga menyatakan persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
BAB 9 - Pengurusan Disiplin
Bab Pengurusan Disiplin ini menghurai Ordinan Pelajaran 1957 yang termaktub Peraturan Disiplin 1959. Terdapat beberapa Peraturan yang memperlihatkan kuasa dan tanggungjawab guru besar. Peraturan yang pertama ialah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 iaitu tanggungjawab guru besar atas disiplin yang bermaksud Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu”. Peraturan yang seterusnya ialah Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 iaitu kuasa-kuasa guru besar.Hal ini bagi menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. Bab ini menyatakan pekeliling ikhtisas yang mana tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar. Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada bagi merekod data dan rekod murid-murid. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang wajib diikuti oleh para guru dan pelajar.
BAB 10 - Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan
Bab ini bertajuk Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan yang bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Selain itu, lantikan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa (GBKSM) hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Seterusnya, bilik-bilik kecil yang perlu ada dalam bilik kaunseling ialah Bilik Kaunseling Individu, Bilik Kaunseling Kelompok, Bilik Pengurusan dan Ruang Menunggu. Terdapat matlamat dan kaedah yang boleh dipelajari untuk pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid. Antaranya adalah dengan memupuk perkembangan personaliti diri positif seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan, kekemasan diri dan ketepatan masa yang mampu melahirkan pelajar bekeperibadian mantap. Contoh-contoh kaedah yang boleh dirumuskan ialah kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi serta ceramah. Bab ini menyatakan bahawa unit kaunseling dalam pentadbiran sekolah amat penting sekali bagi menjamin kelestarian pelajar-pelajar.
BAB 11 - Pengurusan Pelbagai Budaya
Bab ini membincangkan mengenai Pengurusan Pelbagai Budaya yang merumuskan kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Menurut Kamus Dewan (4th Edition), pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) ataupun sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya” yang boleh takrifkan. Pelbagai budaya menurut takrifan bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Perbezaan individu juga memainkan peranan dalam kepelbagaian budaya. Hal ini kerana manusia memang berbeza antara satu sama lain. Ini membawa bahawa guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
BAB 12 - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Bab ke-12 yang bertajuk Pengurusan Murid Pelbagai Upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas serta program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Terdapat beberapa konsep pemulihan iaitu mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah se-awal mungkin’ supaya tidak kronik. Hal ini kan menjurus kepada perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Dalam bab ini juga terdapat ciri-ciri kanak pemulihan seperti rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, lemah pemahaman, malas dan cepat bosan. Selain itu, guru seharusnya mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid agar dapat membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Kesimpulannya, kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
BAB 13 - Pengurusan Pembelajaran (Sekolah dan Persekitaran)
Bab ini pula bertajuk Pengurusan Pembelajaran (Sekolah dan Persekitaran). Bab ini merumuskan mengenai hubungan sekolah dan masyarakat, faktor luaran dan dalaman sekolah, hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah, perkongsian pintar dan hubungan sekolah dan ibu bapa(PIBG), Hubungan sekolah dan masyarakat amat penting sekali kerana merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks dan mempunyai dua jenis interaksi sekolah. Dua jenis interaksi sekolah tersebut ialah tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Selain itu, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru dan murid. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Contohnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah dan penglibatan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Bab ini juga menyatakan serba sedikit mengenai perkongsian pintar yang mana masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.
BAB 14 - Pengurusan Alam Pembelajaran
Bab yang akan saya rumuskan ialah bab ke-14 yang bertajuk Pengurusan Alam Pembelajaran. Konsep pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar malahan corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Bab ini juga menyatakan tujuan merancang suatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan. Selain itu, guru harus bersedia sebelum proses pengajaran seperti Penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dalam pengajaran. Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran sangat penting sekali bagi seseorang guru dalam mengajar murid-murid.
https://drive.google.com/open?id=1DexS1BPw1QN2tEQz0_klNDWyk8ApX8Iu
https://drive.google.com/open?id=1DexS1BPw1QN2tEQz0_klNDWyk8ApX8Iu
Subscribe to:
Comments (Atom)
RUMUSAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS3014)
NAMA : MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI NO.MATRIK : D20172080289 KUMPULAN : Q PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS ...