Bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Pengurusan Bilik Darjah bermaksud cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Selain itu, tugasan mengajar mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu da pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah dengan mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian dan perancangan. Tujuan pengurusan bilik darjah pula adalah dengan membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu. Sebagai contohnya memberi ganjaran atau memupuk hubungan antara pelajar-pelajar dengan guru-guru. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah amat penting sekali dalam menjamin kesejahteraan pelajar.
https://drive.google.com/open?id=13wp9mcjqBx8sFphxpwSW5ppQi-F9MgiX
https://drive.google.com/open?id=13wp9mcjqBx8sFphxpwSW5ppQi-F9MgiX
No comments:
Post a Comment