Bab Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran merungkai dari segi unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif. Perbezaan konsep bilik darjah sangat-sangat ketara sekali. Pada zaman dahulu, lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Tambahan pula, surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Pada zaman sekarang, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah dan digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Terdapat beberapa jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas(KBSM) dan bilik darjah terbuka. Bab ini menyatakan bahawa pentingnya penyusunan bilik darjah dalam pembelajaran pelajar. Jika penyusunan bilik darjah ini baik maka dapat menggalakkan perkembangan pelajar dan jika sebaliknya maka kesannya akan membawa keburukan. Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44) juga menyatakan persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
No comments:
Post a Comment