Bab ini bertajuk Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan yang bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Selain itu, lantikan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa (GBKSM) hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Seterusnya, bilik-bilik kecil yang perlu ada dalam bilik kaunseling ialah Bilik Kaunseling Individu, Bilik Kaunseling Kelompok, Bilik Pengurusan dan Ruang Menunggu. Terdapat matlamat dan kaedah yang boleh dipelajari untuk pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid. Antaranya adalah dengan memupuk perkembangan personaliti diri positif seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan, kekemasan diri dan ketepatan masa yang mampu melahirkan pelajar bekeperibadian mantap. Contoh-contoh kaedah yang boleh dirumuskan ialah kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi serta ceramah. Bab ini menyatakan bahawa unit kaunseling dalam pentadbiran sekolah amat penting sekali bagi menjamin kelestarian pelajar-pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUMUSAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS3014)
NAMA : MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI NO.MATRIK : D20172080289 KUMPULAN : Q PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS ...
-
Bab ke-12 yang bertajuk Pengurusan Murid Pelbagai Upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan kha...
-
Bab ini bertajuk Pengurusan Sumber yang mana membincangkan mengenai fungsi-fungsi pusat sumber dari seegi perkhidamatan yang memberi inform...
-
Bab Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar merangkumi definisi dan konsep, kepentingan, perspektif multidisiplin, serta kajian. Definis...
No comments:
Post a Comment