Bab ini membincangkan mengenai Pengurusan Pelbagai Budaya yang merumuskan kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Menurut Kamus Dewan (4th Edition), pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya) ataupun sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya” yang boleh takrifkan. Pelbagai budaya menurut takrifan bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Perbezaan individu juga memainkan peranan dalam kepelbagaian budaya. Hal ini kerana manusia memang berbeza antara satu sama lain. Ini membawa bahawa guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RUMUSAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS3014)
NAMA : MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI NO.MATRIK : D20172080289 KUMPULAN : Q PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS ...
-
Bab ini pula bertajuk Pengurusan Pembelajaran (Sekolah dan Persekitaran). Bab ini merumuskan mengenai hubungan sekolah dan masyarakat, fakt...
-
Bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik dar...
-
NAMA : MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN AHMAD POUZI NO.MATRIK : D20172080289 KUMPULAN : Q PENSYARAH : CIK IZAZOL BINTI IDRIS ...
No comments:
Post a Comment